Friday, 12 September 2014

KISAH TAUBAT WANITA PENZINA

KISAH TAUBAT WANITA PENZINA





 “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”

Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. 

Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara para sahabat baginda  duduk mengelilingi baginda. Baginda mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Majlis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi s.a.w .

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau .

Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

Hingga dia sampai kepada Rasulullah , kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengkhabarkan kepada beliau bahwa dia telah berzina!

Dia berkata:

Apa yang diperbuat oleh Rasulullah ?

Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut?

Tidak, bahkan memerahlah wajah beliau hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. 

Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang solehah, wanita yang keimanannya telah menancap di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya: 

“Pergilah, hingga engkau melahirkannya.”

Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung putranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, diapun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata: 

“Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”

Maka Nabipun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik karena merasakan sakit dan sedih, dikarenakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat.
Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya?

Maka Nabi bersabda: 

“Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.”

Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahunpun bergulir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. 

Dia berkata:

 “Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!”

Dia dan keadaannya sungguh menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. 

Tiga tahun lebih atau kurang kemudiannya, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.  Maka lahirlah anak wanita tersebut. Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan yang harus ditegakkan.

Nabi bersabda: 

“Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di syurga seperti ini…”

 Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam.

Dalam sebuah riwayat bahwa Nabi memerintahkan agar wanita itu direjam, kemudian beliau mensolatinya. Maka berkatalah Umar :

 “Anda mensolatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.”

 Maka baginda s.a.w bersabda: 
“Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah ?” (HR. Ahmad)

Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syetan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. 

Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah.

KUBUR BERKATA-KATA

KUBUR BERKATA-KATA



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

 "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.

Maka berkata kubur, 


"Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." 

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT♥ Peringatan buat diri sendiri.



 Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah : Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya :

Wahai anakku ! khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat. Aku telah pergi ke satu dunia. Hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita SEMUA TAHU akan tetapi kita TIDAK MAHU lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya. Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT.

Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya) Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan :

SUBHANALLAHI WA BIHAMDIHI sebanyak 100 kali maka dosa kita akan diampun oleh Allah Subhanahu wa Taala walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapkannya. Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun melakukannya.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah akan menyebabkan Allah Subhanahu wa Taala menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif tetapi kita tidak pun mengamalkan nya.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan kita diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk kita. Akan tetapi seminggu berlalu tetapi kita tidak menziarahi pun orang sakit.

 Sesungguhnya kita tahu barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur menunggunya hingga jenazah selesai di tanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud).

 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah Subhanahu wa Taala membinakan untuk kita rumah di Syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca al-quran itu satu huruf akan di ganjari 10 kebaikan tetapi kita tidak juga membaca al-quran.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu anhu tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila - bila masa akan tiba tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala dan perkara manafaat.

 ✎ Ketahuilah wahai saudara-saudaraku.. setiap nafas yg kita hembuskan semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah Subhanahu wa Taala. Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita ? Berbahagialah kepada yang membacanya. Faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya. 

Insyaa Allah. Allahumma Aamiin.


by :  Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
Powered by Blogger.