Friday, 12 September 2014

KISAH TAUBAT WANITA PENZINA

KISAH TAUBAT WANITA PENZINA





 “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”

Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. 

Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara para sahabat baginda  duduk mengelilingi baginda. Baginda mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Majlis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi s.a.w .

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau .

Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

Hingga dia sampai kepada Rasulullah , kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengkhabarkan kepada beliau bahwa dia telah berzina!

Dia berkata:

Apa yang diperbuat oleh Rasulullah ?

Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut?

Tidak, bahkan memerahlah wajah beliau hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. 

Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang solehah, wanita yang keimanannya telah menancap di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya: 

“Pergilah, hingga engkau melahirkannya.”

Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung putranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, diapun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata: 

“Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”

Maka Nabipun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik karena merasakan sakit dan sedih, dikarenakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat.
Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya?

Maka Nabi bersabda: 

“Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.”

Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahunpun bergulir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. 

Dia berkata:

 “Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!”

Dia dan keadaannya sungguh menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. 

Tiga tahun lebih atau kurang kemudiannya, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.  Maka lahirlah anak wanita tersebut. Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan yang harus ditegakkan.

Nabi bersabda: 

“Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di syurga seperti ini…”

 Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam.

Dalam sebuah riwayat bahwa Nabi memerintahkan agar wanita itu direjam, kemudian beliau mensolatinya. Maka berkatalah Umar :

 “Anda mensolatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.”

 Maka baginda s.a.w bersabda: 
“Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah ?” (HR. Ahmad)

Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syetan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. 

Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah.

KUBUR BERKATA-KATA

KUBUR BERKATA-KATA



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

 "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.

Maka berkata kubur, 


"Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." 

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT♥ Peringatan buat diri sendiri.



 Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah : Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya :

Wahai anakku ! khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat. Aku telah pergi ke satu dunia. Hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita SEMUA TAHU akan tetapi kita TIDAK MAHU lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya. Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT.

Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya) Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan :

SUBHANALLAHI WA BIHAMDIHI sebanyak 100 kali maka dosa kita akan diampun oleh Allah Subhanahu wa Taala walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapkannya. Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun melakukannya.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah akan menyebabkan Allah Subhanahu wa Taala menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif tetapi kita tidak pun mengamalkan nya.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan kita diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk kita. Akan tetapi seminggu berlalu tetapi kita tidak menziarahi pun orang sakit.

 Sesungguhnya kita tahu barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur menunggunya hingga jenazah selesai di tanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud).

 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah Subhanahu wa Taala membinakan untuk kita rumah di Syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca al-quran itu satu huruf akan di ganjari 10 kebaikan tetapi kita tidak juga membaca al-quran.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu anhu tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila - bila masa akan tiba tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala dan perkara manafaat.

 ✎ Ketahuilah wahai saudara-saudaraku.. setiap nafas yg kita hembuskan semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah Subhanahu wa Taala. Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita ? Berbahagialah kepada yang membacanya. Faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya. 

Insyaa Allah. Allahumma Aamiin.


by :  Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Sunday, 20 July 2014

Jerry D Gray, The Thirst Finally Answered

Jerry D Gray, The Thirst Finally Answered


                From childhood up before going to the Emirates, I have never met a Muslim, to hear the call to prayer(adzan) or even look at the mosque. Nevertheless I believe that Jesus was not the son of God. At the age of 12 years I've been thinking about God. Age 14, I begun lazy to go to church.

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Pertama kali  Habib Ali Zaenal Abidin diperkenalkan di radio IKIM, tertarik dengan cara beliau berceramah. Beliau juga dikatakan ada salasilah keturunan Rasulullah SAW (dengar dari radio IKIM juga). Kami memang menyimpan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu beliau. Peluang datang apabila beliau dijemput untuk memberi ceramah di Kuliah Maghrib Perdana bertempat di Masjid As Salam, Puchong, Mac lalu.
Wajah tenang dan perawakan orang baik-baik, sejuk mata memandang. Teratur tutur katanya dalam  menyampaikan ceramah dan isi ceramahnya pula sangat berkualiti.
20130313_204400 
Ummiross kongsikan sedikit intipati ceramah Habib Ali Zaenal Abidin yang sempat ummiross catat dalam iphone, maaflah kalau ayatnya tak sempurna,maklumlah catatan ringkaslah katakan. Apapun moga mendapat manafaat bersama.
“Agama terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Akidah, Syariah dan Ibadah. Ramai yang menitik beratkan ibadah tetapi tidak menitik beratkan akhlak. Islam sangat mementingkan akhlak yang baik sehinggakan Rasulullah yang banyak beramal  ibadah tetapi Allah tidak memuji Rasulullah kerana ibadahnya tetapi kerana akhlaknya.

Friday, 18 July 2014

Kenali Sifat Bangsa Yahudi Yang Ada Dinyatakan Dalam Al-Quran

yahudi
Siapa tidak kenal dengan kezaliman Zionis yang kejam merampas tanah dan membunuh rakyat Palestin dengan sesuka hati mereka. Jika melihat watak Israel demikian, sebenarnya tidak perlu hairan.

Thursday, 17 July 2014

Subhanallah! Jejaka Yahudi Ini Mengislamkan Jutaan Orang

Subhanallah-Jejaka-Yahudi-Ini-Mengislamkan-Jutaan-Orang
Subhanallah ! Jejaka Yahudi Ini Mengislamkan Jutaan Orang | Jad adalah seorang jejaka keturunan Yahudi. Di pertengahan hidupnya, ia memeluk agama Islam. Setelah bersyahadat, ia mengubah namanya menjadi Jadullah Al-Qur’ani.

Video : MESTI DENGAR! SELAWAT SEORANG PENDOSA


Ini kisah seorang Pendosa yang banyak selawat. Dikala matinya jasadnya berubah menjadi hitam gelap. Dikala itu dia di tanah suci Mekkah. Namun sesuatu yang luar biasa terjadi. Dengarlah kisah yang menyayat hati ini...

Sesuatu Yang Kita Belum Tahu :20 Orang Yahudi Israel Masuk Islam Setiap Tahun

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Isaac Ritter Profesor Pusat Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi Israel memeluk Islam setiap tahun.
“Semua Yahudi yang masuk Islam kebanyakan adalah wanita yang mengaku bahawa mereka masuk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim,” kata Ritter.
Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan oleh surat khabar “Yediot Ahronot”, agama Islam dan dakwah Islam telah mula menembusi barisan orang-orang Yahudi, di mana pendakwah Islam di wilayah pendudukan Israel berpenampilan ala Salafi, mendekati orang-orang Yahudi dan mengundang mereka agar masuk Islam dengan menggunakan bahasa Ibrani yang fasih, cara tersebut menyumbang kepada kejayaan misi dakwah mereka.

Lelaki Ini Mulanya Ingin Menentang Islam Tetapi Akhirnya…

ibrahim-killington

Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam!
Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan “bahkan” berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, inilah kisahnya:
My name is Ibrahim Killington.
Sebelum saya memeluk Islam, hidup saya benar-benar bergelumang dengan minuman keras, dadah (ganja dan ekstasy) dan melepak semata.

Friday, 11 July 2014

Muslims who saved Jews from the Holocaust






The Righteous Muslim Exhibition is being launched at the Board of Deputies of British Jews in Bloomsbury, central London.


Photographs of 70 Muslims who sheltered Jews during World War II will be displayed alongside stories detailing their acts of heroism.

Read the whole story at BBC News
The Muslims who saved Jews from the Holocaust

Alhamdulilah! we made it to 28% help us make the rest we need more Monthly Supporters

SEORANG ANAK PADERI MASUK ISLAM

Selepas pengislaman Felixia Yeap pada 5 Ramadhan hari tu. Nindia...Nak kata artis tak tahula sebab tak pernah kenal kan. Segak jugak. Manis dan suci semerbak muka dia. Alhamdulillah segala puji bagi allah yang menciptakan kita.  Semoga lebih ramai yang memeluk islam selepas ini. Maklumla dunia semakin hampir ke penhujung nya. Yang islam pula semoga kita terus berpegang kepada ajaran islam sehingga keras bibir menyebut shahadah ketika mengadap sakaratul maut. Aminn

Oleh itu.. ikuti kisah selanjutnya dari saya tok arab.


KUALA LUMPUR- seorang anak paderi atau dikenali sebaai model seksi ini telah mendapat hidayah untuk memeluk islam sejak tahun lalu, sapa sangka dengan statusnya sebegini beliau telah berminat dan dapat hidayah dari Allah untuk memeluk agama islam.


Aliza Kim ialah seorang model kelahiran Oklahoma,Amerika Syarikat berdarah Thailand dan kini telah menetap di negara kita sejak 6 tahun lalu.

Aliza juga ialah seorang anak tunggal dan beliau telah mengambil berat tentang perasaan ibu dan bapanya yg telah mengajarnya tentang agama kristian sejak kecil dahulu dengan sempurna sebelum mengumumkan untuk menganut agama Islam.





Pemain-pemain bola yang berpuasa di PIALA DUNIA BRAZIL 2014

Sudah tidak asing lagi akan kehangatan Piala Dunia Bolasepak 2014 di Rio, Brazil ini. Sebagai seorang muslim kita semua tidak kira di mana sekali pun akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Pemain-pemain bintang ini juga tidak terlepas untuk berpuasa dan tidak menjadikan alasan untuk tidak berpuasa. Namun sedih juga di hati apabila dikatakan bahawa Mesut Ozil yang dikatakan tidak berpuasa kali ini serta tangannya yang kini mempunyai tattoo yang bertulis "Only God can Judge Me"




Bagaimanapun jom kita lihat gambar-gambar pemain yang akan berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini :























Wednesday, 2 July 2014

PERSOALAN & TAZKIRAH (BENARKAH SYAITAN DIIKAT PADA BULAN RAMADHAN)


              Kita sering mendengar penceramah-penceramah mengutarakan tentang hadis nabi yang menyebut tentang syaitan diikat dan dibelenggu pada bulan Ramadhan.  Kadang-kadang timbul kekeliruan terutama bagi orang awam, sekiranya syaitan diikat pada bulan Ramadhan, kenapa pada bulan Ramadhan masih ada orang yang dirasuki Syaitan?  Penulis akan cuba merungkaikan persoalan ini mengikut pandangan ulama'-ulama' yang muktabar.

Sunday, 29 June 2014

Kisah Barshisha (Barsiso)






Barsiso merupakan seorang hamba Allah yang saleh. Dia mempunyai 60 000 anak murid dan semua anak muridnya itu menjadi ulama dan aulia Allah..

DOA DOA HARIAN DI BULAN RAMADHAN

Doa Hari 1


Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Paling Mustajab di Bulan Ramadhan

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Fadhilat Dan Kelebihan Ayat-ayat Quran

Hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerana:
Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya







Amalan Ba Ta Mim (Dalam Rumi)


Hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerana:
Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya

MARI DOWNLOAD MP3 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN MELAYU INDONESIA

                    السلام عليكم ورحمة الله وبركة      

Dibawah ini saya sediakan link untuk download mp3 ayatul quran' dan terjemahan bahasa indonesia. Bagi yang ingin mendalami al-quran dan terjemahan anda boleh download di link yang disediakan dibawah. Semoga anda menggunakan dengan sebaik mungkin dan jangan gunakan semula untuk tujuan perniagaan.     

Religions are not for sale       


MANFAAT KETIKA BERPUASA

ASSALAMUALAIKUM...
dan salam sejahtera kepada readers sekalian.



Saturday, 28 June 2014

DOWNLOAD MP3 ALQURAN BACAAN DARI MUROTTOL SHAIKH YASSER AL DOSARY




Biografi Of Yasser Al Dosary:

Nama: Yaser Ibn Rashed Elwadani Eldosry

Kelayakan Akademik:

• Bachelor of Syariah, Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud
• Guru di Holy Quran dan Ilmu nya
• Master of prinsip fikih Persaingan (Sabk) dan jeala (jumlah wang tertentu yang diperoleh untuk mencapai pekerjaan tertentu), Tinggi Institut Peradilan, Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University, berlangsung.


Status Pernikahan: Berkahwin dan mempunyai tiga orang anak (laki-laki dan dua anak perempuan)

kedudukan:



• Setiausaha Agung Persatuan Sultan Pangeran untuk Menghafal Al-Quran, Angkatan Pertahanan Udara;
• Anggota Saudi fekah dan Ilmiah Persatuan;
• Ahli Persatuan Ilmiah Saudi untuk Noble Quran dan Ilmu nya;
• Ahli Persatuan Saudi Pengajian Dakwah;
• Imam Masjid Eldikhel dan Pengawas aktivitinya, Riyadh;
• Ahli Jawatankuasa Eropah Seminar Pemuda Islam Antarabangsa; dan
• Anggota dari Pertubuhan Amal di Kharj Quraa '(qari) Siapa Baca pada them
• Shiekh Bakri Al-Trabishi (tertinggi Sanad (senarai kutipan untuk perawi berturut-turut mencapai kembali ke narator asli) di dunia)
• Shiekh Ibrahim Al-Akhdar (Madina yang Shiekh Quraa '(Kepala qari), dalam proses
• Shiekh Mohammed Tamim Alzobi (ahli Noble Quran Semakan Jawatankuasa Raja Fahd Complex), dalam proses
• Shiekh Mahmoud Omar Ibn Sokar (qari dari Noble Quran sepuluh bacaan)
• Shiekh Ahmed Khalil Shahen (qari dari Noble Quran sepuluh bacaan)
• Shiekh Sad Sonbl (qari dari Noble Quran sepuluh bacaan)
• Shiekh Abdullah Al-gar Allah (disahkan dengan Noble Quran sepuluh bacaan di tangan Shiekhs berikut: Al-samanody, Al-Zayat, Al-Akhdar, Abdul-Rafeh Radwan, Alzobi, Karim Rageh, Al-Hozaifi, Al-Tarabishi, Abo -Alhassan Al-kordi dan Abdul-Hakim Khater)

Nya Scholars Paling Penting

• Shiekh Abdullah Ibnu Jibrin (pesara anggota Jawatankuasa Fatwa, Semoga Allah mempunyai rahmat-Nya)
• Shiekh Saleh Ibn Fawzan Al-Fawzan (ahli Jawatankuasa Tetap Fatwa)
• Shiekh Saleh Ibnu Hamid (Ketua Dewan Agung Keadilan)
• Shiekh Sad Ibn Naser Al-Shashry (Anggota Dewan Ulama Senior)
• Shiekh Saleh Ibn Abdul Aziz Al-Ashiekh (Menteri Hal Ehwal Islam)
• Shiekh Mohammed Ibn Hassan Al-Shiekh (Anggota Dewan Ulama Senior)
• Shiekh Yacob Al-Bahsin (Anggota Dewan Ulama Senior)
• Shiekh Abdul Aziz-bin Ibrahim Al-Qasim (Hakim Mahkamah Negeri di Riyadh)
• Shiekh Abdulaziz Al-Raghi (mahasiswa terkenal Shiekh Abdul-aziz Ibnu Baz)

Masjid Yang Dimiliki Dia Imamah Sejak 1416 AH:

• Masjid Al-khalifi Abdullah, daerah Al-Orija
• Kawther Al-Masjid, daerah Al-Orija
• Masjid Saud Imam Abdullah Bin, kawasan Sweedi
• Aziz Abdul-Masjid Shiekh Bin Baz, daerah Al-Ghadir
• Masjid Al-Dekhil, sampai sekarang, daerah Al-Shohda


Audio Media:

1. 49 Quran Audio keluaran
2. Enam keluaran yang berbeza

Penyelidikan dan Pengajian

1. Prinsip fekah Persaingan (Sabk) dan jeala (jumlah wang tertentu yang diperoleh untuk mencapai pekerjaan tertentu) (makalah yang dibentangkan untuk memperoleh gelar master di High Institute of Peradilan

2. Pengajian bertajuk "Saham Zakat"

3. Pengajian bertajuk "Pengenalan Tujuan Syariah"

4. Pengajian bertajuk "Kontrak Interest"

5. Pengajian bertajuk "Ansuran"

6. Pengajian bertajuk "Perjanjian Persetujuan"

7. Pengajian bertajuk "Supply Contract"

8. Pengajian bertajuk "Bid Agreement"

9. Pengajian bertajuk "Hak Harta Intelek"

10. Pengajian bertajuk "guaranties Keadilan dalam Islam"

11. Pengajian bertajuk "Gadai janji dari Terjual Car"

12. Pengajian bertajuk "Pertimbangan dari Martir"

13. Mengambil bahagian dalam mempersiapkan Kebudayaan Islam Kurikulum di Kementerian Pertahanan

penyertaan

. 1 Disampaikan pelbagai kuliah umum, kajian ilmiah dan pidato membimbing dalam pihak berkuasa kerajaan sebagai berikut:

- Tentera Udara
- Angkatan Laut Angkatan
- Tentera Darat
- Angkatan Bersenjata
- Border Guardians
- Pasukan Keselamatan Khusus
- Saudi Telecom Company
- Kementerian Pendidikan
- Saudi Arabian Airlines

. 2 kuliah Disampaikan dan pidato di pelbagai daerah di Kerajaan:

- Western Province
- Eastern Province
- Southern Province
- Madinah
- Tabouk
- Qassim
- Asir
- Gaza luar Kerajaan:
- Kesatuan Emirates
- Qatar
- Kuwait
- Republik Czech
- Switzerland
- Turki
- Malaysia
- Mesir

3 Mengambil bahagian dalam pengawasan Intelektual Security Course, Kementerian Pertahanan.;

4 Mengambil bahagian dalam Pemuda dan Pembangunan Sidang Kemuncak Future, Mesir-1428 AH.;

5 Mengambil bahagian dalam "European Heralds" Summit seminar pemuda Islam Antarabangsa, Turki 1429 AH.;

6 Menyertai di Summit berjudul "Peranan Seni dan Sastera dalam Untuk Dakwah", Riyadh.;

. 7 Menyertai di Summit berjudul "Menuju Active Mosque", Riyadh 1429 AH;

8. Penyertaan tahunan arbitrase pertandingan tempatan dari Noble Quran, di bawah pengawasan Kementerian Pertahanan. Selain itu, ia mengambil bahagian dalam timbang tara Lomba Prince Sultan untuk Menghafal Al Quran untuk askar

. 9 Ditemuramah dengan beberapa akhbar tempatan, seperti:

- Alriyadh
- Al-Jazirah
- Okaz
- Asharq Alawsat
- Alhayat
- Al-madina
- Al-watan
- Al-yaum
- Shams

Akhbar Antarabangsa, seperti:

- Al-Khaleej, UAE
- Al-Qabas, Kuwait

Academic Journals, seperti:

- Al-Yamamah
- Al-Tawiyah
- Al-dawa
- Non
- Rawanh

. 10 Ditemuramah dengan beberapa saluran satelit, seperti:

-Saudi Televisyen Pertama Saluran
- Al-ehbariya-Alriyadiah
- Almajd
- Dalil
- Alafasy
- Makkah
- Awtan
- Al-Danah
- Al-Raia
- Sada
- Alsahraa
- Rawanh Radio Penyertaan
- Noble Quran Station
- Riyadh Station
- Bahraini Station










Surah No.Surah NameListenDownload MP3
1Al-Fatihah   Download
2Al-Baqarah   Download
3Al-Imran   Download
4An-Nisa'   Download
5Al-Ma'idah   Download
6Al-An'am   Download
7Al-A'raf   Download
8Al-Anfal   Download
9At-Taubah   Download
10Yunus   Download
11Hood   Download
12Yusuf   Download
13Ar-Ra'd   Download
14Ibrahim   Download
15Al-Hijr   Download
16An-Nahl   Download
17Al-Isra   Download
18Al-Kahf   Download
19Maryam   Download
20Ta­Ha   Download
21Al-Anbiya'   Download
22Al-Hajj   Download
23Al-Mu'minun   Download
24An-Nur   Download
25Al-Furqan   Download
26Ash-Shu'ara'   Download
27An-Naml   Download
28Al-Qasas   Download
29Al-'Ankabut   Download
30Ar­Room   Download
31Luqman   Download
32As­Sajdah   Download
33Al­Ahzab   Download
34Saba'   Download
35Fatir   Download
36Ya­Sin   Download
37As-Saffat   Download
38Sad   Download
39Az-Zumar   Download
40Ghafir   Download
41Fussilat   Download
42Ash-Shura   Download
43Az-Zukhruf   Download
44Ad-Dukhan   Download
45Al-Jathiya   Download
46Al-Ahqaf   Download
47Muhammad   Download
48Al-Fath   Download
49Al-Hujurat   Download
50Qaf   Download
51Az-Zariyat   Download
52At-Tur   Download
53An-Najm   Download
54Al-Qamar   Download
55Ar-Rahman   Download
56Al-Waqi'ah   Download
57Al-Hadid   Download
58Al-Mujadilah   Download
59Al-Hashr   Download
60Al-Mumtahinah   Download
61As-Saff   Download
62Al-Jumu'ah   Download
63Al-Munafiqun   Download
64At-Taghabun   Download
65At-Talaq   Download
66At-Tahrim   Download
67Al-Mulk   Download
68Al-Qalam   Download
69Al-Haqqah   Download
70Al-Ma'arij   Download
71Nooh   Download
72Al-Jinn   Download
73Al-Muzzammil   Download
74Al-Muddaththir   Download
75Al-Qiyamah   Download
76Al-Insan   Download
77Al-Mursalat   Download
78An-Naba'   Download
79An-Nazi'at   Download
80'Abasa   Download
81At-Takwir   Download
82Al-Infitar   Download
83Al-Mutaffifin   Download
84Al-Inshiqaq   Download
85Al-Buruj   Download
86At-Tariq   Download
87Al-A'la   Download
88Al-Ghashiyah   Download
89Al-Fajr   Download
90Al-Balad   Download
91Ash-Shams   Download
92Al-Lail   Download
93Ad-Duha   Download
94Ash-Sharh   Download
95At-Tin   Download
96Al-'Alaq   Download
97Al-Qadr   Download
98Al-Baiyinah   Download
99Az-Zalzalah   Download
100Al-'Adiyat   Download
101Al-Qari'ah   Download
102At-Takathur   Download
103Al-'Asr   Download
104Al-Humazah   Download
105Al-Fil   Download
106Quraish   Download
107Al-Ma'un   Download
108Al-Kauthar   Download
109Al-Kafirun   Download
110An-Nasr   Download
111Al-Masad   Download
112Al-Ikhlas   Download
113Al-Falaq   Download
114An-Nas   Download

Powered by Blogger.