Kisah Malaikat Malik dengan api Neraka
Huruf “Al-Basmalah” itu ada sembilan belas dan huruf pada “Az-Zabaniyah” itu juga ada sembilan belas. Mereka dinamakan demikian itu (Zabaniyah) kerana mereka itu boleh bekerja dengan kaki mereka seperti mereka bekerja dengan tangan mereka. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang kafir dengan satu tangan begitu juga dengan tangan yang lagi satu, 10,000 dengan salah satu kakinya yang dua. Malaikat Zabaniyah boleh menyiksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatan.
Malaikat Malik ialah penjaga neraka dan yang 18 juga sepertinya, mereka adalah pemimpin malaikat dan di bawah tiap-tiap pemimpin itu ada penjaganya yang mana bilangannya hanya Allah yang tahu. Mata mereka laksana kilat yang menyambar, gigi mereka seperti putihnya tanduk lembu, bibir mereka menyentuh tapak kaki, mulut mereka mengeluarkan api. Antara dua bahu tiap-tiap malaikat jauh perjalanan selama setahun.
Allah telah menciptakan mereka tanpa ada sedikitpun rasa kasih sayang dan salah satu malaikat terun ke dalam lautan api selama 40 tahun, tetapi api tidak langsung membahayakan mereka kerana cahaya itu lebih kuat dari api yang panas.
Malaikat Malik berkata: “Campakkanlah mereka ke dalam neraka!”.
Apabila malaikat Zabaniyah mencampakkan orang-orang yang berbuat dosa ke dalam neraka, maka mereka semua berkata: “Laa ilaha illallah!”
Api tidak dapat membakar mereka, malaikat Malik berkata: “Wahai api, mengapa kamu tidak mahu membakar mereka?”
Api berkata: “Wahai Malik, bagaimana aku hendak membakar mereka sedangkan mereka menyebut “Laa ilaha illallah!”
Malaikat malik berkata: “Ya, begitulah Allah, tuhan pemilik Arasy yang agung telah memerintahkan.”
Kemudian api pun membakar tubuh mereka sampai kedua telapak kakinya, ada yang dibakar sampai ke lututnya, ada yang dibakar sampai pusatnya dan ada sampai ke tengkoraknya. Apabila api hendak membakar muka mereka maka malaikat Malik berkata kepada api: “Wahai api, janganlah kamu bakar muka mereka kerana mereka pernah sujud kepada Allah dan janganlah kamu bakar hati mereka kerana mereka pernah berdahaga dari beratnya puasa dalam bulan Ramadhan.”
No comments