AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Pertama kali  Habib Ali Zaenal Abidin diperkenalkan di radio IKIM, tertarik dengan cara beliau berceramah. Beliau juga dikatakan ada salasilah keturunan Rasulullah SAW (dengar dari radio IKIM juga). Kami memang menyimpan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu beliau. Peluang datang apabila beliau dijemput untuk memberi ceramah di Kuliah Maghrib Perdana bertempat di Masjid As Salam, Puchong, Mac lalu.
Wajah tenang dan perawakan orang baik-baik, sejuk mata memandang. Teratur tutur katanya dalam  menyampaikan ceramah dan isi ceramahnya pula sangat berkualiti.
20130313_204400 
Ummiross kongsikan sedikit intipati ceramah Habib Ali Zaenal Abidin yang sempat ummiross catat dalam iphone, maaflah kalau ayatnya tak sempurna,maklumlah catatan ringkaslah katakan. Apapun moga mendapat manafaat bersama.
“Agama terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Akidah, Syariah dan Ibadah. Ramai yang menitik beratkan ibadah tetapi tidak menitik beratkan akhlak. Islam sangat mementingkan akhlak yang baik sehinggakan Rasulullah yang banyak beramal  ibadah tetapi Allah tidak memuji Rasulullah kerana ibadahnya tetapi kerana akhlaknya.

Akhlak mesti menghiasi ibadah. Baiknya akhlak dapat mengangkat darjat orang yang tidak banyak beramal, tapi buruknya akhlak boleh merendahkan darjat walaupun banyak beramal.
Orang yang muflis di hari perhitungan adalah orang yang membawa ganjaran pahala ibadah yang banyak akan tetapi buruk akhlaknya , seperti tidak menjaga mulut, sering menyakiti atau memaki hamun , termasuk juga makian di laman sosial seperti facebook (makian tanpa sempadan-dosa tanpa sempadan), tidak menjaga tangan dan lain-lain.
Orang yang dizalimi akan menuntut ganjaran darinya. Sekiranya sudah tidak cukup pahala, akan diberikan pula dosa orang dizalimi kepadanya, jadilah orang yang buruk akhlak golongan yang datang dengan pahala, kembali dengan dosa. Begitulah, jangan sampai akhlak yang buruk menghapuskan pahala ibadah.
Di mana nak bermulanya akhlak? Tentulah  di rumah.
Sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Allah SWT berfirman:
يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة,
"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].
Ikuti akhlak Rasulullah Sifat Baginda tidak memberatkan, menolong meringankan kerja-kerja rumah, tidak menyakiti hati ahli keluarga, tidak memandang rendah, selalu menghargai masakan isteri, menjaga hati isteri, menghibur hati  isteri, namun jika berlaku  sesuatu yang melanggar syarak Rasulullah akan bertegas.
Manakala kepada para sahabat Rasulullah selalu tersenyum. Setiap kali bertemu sahabat, baginda yang memulakan salam dengan senyuman. Baginda tidak melepaskan tangan ketika berjabat salam selagi sahabat tidak melepaskan.
Al-Ahzab, ayat 21;
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'

Berselawat sebelum ceramah bermula.
20130313_201926

Maklumat ni pula ummiross dapat dari post yang di share di fb Imam Muda 3. Hari ni hari ulangtahun kelahiran Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, 12hb.April 2013. Sanah Helwa Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Moga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus berdakwah menegakkan agama Allah SWT.
559758_448284281920468_1100946593_n                                     Gambar Ehsan Mr google-30 Minit Ustaz Don.
Ustaz Don dan Habib Ali Zainal Abidin. Nanti jika berkesempatan, ummiross share pula kuliah dhuha bersama Ustaz Don di Masjid Al Hasanah, Bangi bulan Mac lalu..
Bagi yang berminat, boleh baca biodata Habib Ali Zainal Abdin Al Hamid di SINI.
Selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta..Wassalam.

No comments

Powered by Blogger.