KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT♥ Peringatan buat diri sendiri.



 Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah : Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya :

Wahai anakku ! khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat. Aku telah pergi ke satu dunia. Hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita SEMUA TAHU akan tetapi kita TIDAK MAHU lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya. Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT.

Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya) Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan :

SUBHANALLAHI WA BIHAMDIHI sebanyak 100 kali maka dosa kita akan diampun oleh Allah Subhanahu wa Taala walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapkannya. Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun melakukannya.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah akan menyebabkan Allah Subhanahu wa Taala menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif tetapi kita tidak pun mengamalkan nya.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan kita diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk kita. Akan tetapi seminggu berlalu tetapi kita tidak menziarahi pun orang sakit.

 Sesungguhnya kita tahu barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur menunggunya hingga jenazah selesai di tanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud).

 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah Subhanahu wa Taala membinakan untuk kita rumah di Syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca al-quran itu satu huruf akan di ganjari 10 kebaikan tetapi kita tidak juga membaca al-quran.

 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu anhu tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila - bila masa akan tiba tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala dan perkara manafaat.

 ✎ Ketahuilah wahai saudara-saudaraku.. setiap nafas yg kita hembuskan semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah Subhanahu wa Taala. Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita ? Berbahagialah kepada yang membacanya. Faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya. 

Insyaa Allah. Allahumma Aamiin.


by :  Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

No comments

Powered by Blogger.